Bulan Bahasa 2006
Di dalam kelas bahasa Melayu semalam, cikgu telah memberitahu kami tentang aktiviti-aktiviti Bulan Bahasa yang akan berlangsung di maktab rendah kami pada hari Sabtu ini. Pelancaran Bulan Bahasa merupakan acara yang sepatutnya paling gemilang sepanjang bulan ini dan ia akan diadakan di sekolah kami pada jam 3 petang hari sabtu ini. Pada sebelah pagi, Seminar belia pula akan berlangsung.
Seperti yang disangkakan, cikgu menggalakkan agar kami mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Bagi seminar belia pula, topiknya berbunyi seperti Jati Diri Orang Melayu. Kami telah membaca artikel oleh Mohd Rahman Daud. Novel yang ditulis oleh Alex Haley tentang mencari asal usulnya menarik perhatian saya.
Jika saya mencari asal usul saya sendiri, saya mungkin tidak tahu di mana hendak bermula. Ibu saya seorang wanita melayu, ayah mungkin seorang melayu. Baiklah, saya akan memulakan dengan asal usul keluarga di sebelah ibu saya dahulu. Datuk berketurunan orang Melaka, mungkin mempunyai darah India sedikit. Nenek pula berketurunan Jawa.
Di sebelah ayah pula, nenek asalnya daripada negeri Cina. Dia telah diberi kepada orang Arab untuk dijadikan, um.. saya tidak tahu apa dan telah dinikahkan dengan datuk saya, seorang yang berketurunan Jawa. Jadi, apakah asal usul saya sebenarnya? Saya tidak mampu hendak menyelidik asal usual saya hingga ke nenek-moyang saya. Tetapi ia adalah sungguh menarik jika saya boleh mendapat tahu asal usul sebenar saya. Manalah tahu, mungkin saya ini berketurunan Eropah atau Hawaii :)
